permulaan lagi

bismillahirrahmanirrahim,
salam alaiki ya ukhti

memang lama sudah jariku tidak 
menari-nari di atas papan kekunci ini
bahkan inilah kali pertama aku mencurah
di atas laptop ini. 
mungkin sahaja Allah menamatkan hayatku di sini
dan blog aku terus berkubur dan terkubur
namun masih diizinkan olehNya untuk aku
menulis kembali.

aku kini sudah berumur lanjut 19 tahun
dalam beberapa bulan aku bakal menjadi warga 20-an
yang mana seakin tua, tidak pernah aku fikir aku bakal hidup 
sebegini lama kerana aku ini insan marhaen
sering menconteng arang ke muka sendiri
walaupun sememangnya arang itu warnanya
lutsinar maka yang bisa melihatkannya hanyalah
Sang Pencipta

aku insan hina tapi masih lagi diberi peluang
bagiNya untuk terus bernafas, bernyawa mahupun
menaip di keyboard ini

aku punya dosa bertimbun pasir di lautan umpamanya
namun tiada siapa tahu melainkan Dia
aku telah dihijabkan kesalahanku dari manusia biasa
Allah begitu mulia dalam menutup aibku sedangkan
dosa yang aku lakukan begitu berat dan besar.
tak tertanggung bahuku untuk memikulnya di Akhirat nanti
aku takut aku bakal memperoleh kitab amalku dari 
tangan kiri. aku takut.

aku kini sudah menanggung dosa aku sendiri
sudah cukup mukallaf, bukan hanya mumayyiz
sudah sempurna akalku berbez dengan bayi kecil yang baru dilahirkan
ke dunia ini umpama kain putih,

aku rindu, rindu dengan zaman kanak-kanak
yang seakan tampak begitu menyeronokkan
tanpa perlu rasa takut dan risau
aku rindu dengan tarbiyyah sewaktu aku kecil
sewaktu hatiku aku masih suci
sewaktu aku masih lagi tidak megenal apa itu DOSA
 aku rindu 

aku sedih kerana masa itu berlalu begitu sahaja
aku sesal kerana aku gagal menggunakannya sebaik mungkin
seuumur hidupku aku persiakan
aku tidak pandai menghargai 
aku insan lemah yang amat
aku butuhkan Mu, kasih Mu dan Redha Mu

aku ingin berubah
aku ingin berubah
aku ingin berubah

bantulah aku Ya Allah
berikanlah aku kekuatan.

Comments

Popular Posts