apakah kerana biah
salah biahkah, aku tidak kuat?
atau salah diriku?
aku sering lemah
hanyut dengan godaan syaitan
aku sering terleka
dibuai nyayian mengasyikkan
aku seakan-akan terdengar dua bisikan
baik dan jahat
namun aku masih memilih kejahatan
susah bagi aku untuk menjadi baik berseorangan
aku seringkali mengimpikan aku dapat konsisten
solat rawatib di rumah
namun semua hanyalah bayangan semata-mata
hanya di tempat yang jauh dari rumah
aku boleh menongkah langkah untuk berubah
bagiku rumahku syurgaku kerana kesayanganku semuanya
berada di sana
namun pada masa yang sama aku lalai
aku hanyut dengan kitak hitam di rumah ku
aku sering mengutamakanya terlebih dahulu
berbanding Quranku, walaupun aku kurang bermain gajet
di rumah namun, tarikan aku terhadap kotak hitam
bagaikan magnet kutub utara dan kutub selatan
seakan-akan memanggilku dari jauh
di sudut hatiku aku sangat mahukan
kekuatan untuk aku terus thabat di jalan ini
terus kuat semangat untuk melakukan apa yang
Allah suka, namun seakan tidak terdaya
budaya baca Al-Quran kian hilang,
namun apa yang aku buat?
sebagai penghafaz al-quran apakah aku hanya
beramal pada diri sendiri?
kenapa aku gagal membawa budaya Al-Quran ke dalam rumahku sendiri?!
aku masih ingat pesan ustaz aku, beliau pernah cakap
binalah biah al-Quran di rumah
jadilah orang pertama yang membaca Al-Quran
tariklah ahli keluarga mu untuk melakukan kebaikan
cuba jadi switch on dalam keluarga untuk buat kebaikan.
ya, memang sukar sebab aku hanyalah adik bongsu
dalam keluarga.
abang dan kakakku berpuluhan tahun tua daripada aku
namun aku hanya ingin bersama mereka di syurga nanti.
impian aku.
di saat hanya perempuan di rumah,
meraka meminta aku menjadi imam solat mereka
jika mereka tahu hanyalah sedikit yang aku ingat
nescaya pasti aku tidak akan menjadi imam
mereka memandang tinggi kepada ku
berharap agar aku dapat tarik mereka nanti
di Akhirat
namun hakikatnya hanya aku dan Allah yang tahu
layakkah aku?
Allahu...
kuatkanlah aku.
aku mohon kau matikanlah aku ketika aku di usia muda,
dan permudahkanlah segala urusan pengebumianku
aku sangat takut nnti muka aku jadi hitam
jenazahku berdarah, busuk dan berat, aku takut Ya ALLAH
KaU PERMUDAHKANLAh
YA ALLAH.
berikanlah aku kesempatan waktu untuk bertaubat
matikanlah aku dalam husnul khatimah.
aamiin.
dan juga buat pembaca .
Comments
Post a Comment