Pemergian yang tak tersangka
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
ingin sy kongsikan apa yang terbuku di hati selama ini
dah nearly 11 hari, dia pergi meninggalkan ku.
Ya Allah, sungguh aku berasa amat bersalah
di saat itu, aku tgh dalam kelas, jam 12 tengah hari
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir,
Masha Allah begitu mudah saat sakaratnya,,
Allah permudahlan segalanya.. wajah ummiku adalah
wajah yang terakhir ditatapnya..
aku amat rasa bersalah kerana
aku tidk pernah sekali pon menjejakkan kaki ku
untuk melawat beliau
aku tahu beliau semakin tenat tapi
aku susah untuk pulang ke kampung dek
kerana aku belajar di ibu kota
cumanya aku pernah pulang sekali ke rumah
namun masih tdak berkesempatan bertemu dengannya
alhamdulillah aku boleh bercakap dengannya
melalui telefon, suaranya lemah, tak berdaya
aku tak mampu omong lama2
sakit hati aku untuk tahan air mataku,
aku sedih sekali mendengar suaranya
kata-katanya yang terakhir adalah supaya aku doakan beliau
dan agar aku jadi anak yang baik
dan agar aku belajar bersungguh-sungguh
aku hanya mampu menjawab, InshaAllah..
beliau disahkan menghidap kanser hati tahap 4
di saat itu, aku sudah merasakan tak lama masaku dengan beliau
aku hanya mampu berdoa
aku mengetahui berita kematian beliau hanyalah melalui whatssapp
itupun 2 jam selepas itu,
aku tergamam,, beliau adalah org kedua yang aku sayang
yang aku dapat tahu tentang berita kematiannya melalui whatssapp
aku habis kelas jam 1 petang,
kemudian aku pulang ke bilik untuk solat
dek keletihan hari itu, aku tertidur
aku tergerak hati untuk membuka whatssappku
ku buka group keluargaku,, tertera kenyataan yang menyakitkan itu
aku bagaikan terpana, sungguh tidak aku sangka perencanaan Allah yang Maha Kuasa
sebelum kelas pagi itu, aku menelefon ummiku kira-kira jam 10.40 pagi
khabarnya ummi agar aku doakan beliau,,aku seperti biasa mendoakan beliau
selepas putuskan panggilanku dengan ummiku..
aku tidak menyangka kira-kira 1 jam lebih selepas itu beliau sudah pergi..
aku masih kaku dan terpana, air mata laju menuruni pipiku setelah
otakku mencernakan ayat yang tertera..
waktu itu aku keseorangan dalam bilik,
aku doakan beliau.. air mataku sudah terhenti..
namun tak tersangka waktu itu, rumetku pulang
aku lantas mengelap air mataku..dan membaca buku..
namun sewaktu aku mahu bersiap ke kelas
aku bertembung dengan rumetku,,
waktu itu aku masih sedih memikirkan beliau..
aku cuba untuk merahsiakan
namun aku tak kuat
hatiku meminta utk sesorang memahamiku
memujukku, sungguh aku rasa hilang pertimbangan
Alhamdulillah kehadiran rumetku waktu itu pasti ada hikmahNya
Allah tahu aku tak berupaya menerima berita itu seorang diri
lalu Allah menghadirkan Fiq, aku lantas ke arahnya
dan memberitahu hal kematian Beliau,,
tanpa diminta air mataku mencerun laju,,
Fiq mengusapku perlahan,
aku menangis semahunya di bahu Fiq
aku rasa lemah dan tak berdaya
aku ungkapkan aku anak buah yang bersalah
kerana aku langsung tak sempat untuk meziarahinya
aku langsung menyalahkan diri ku,,
Fiq dengan sabar terpaksa berdiri mendengar luahanku
namun pada waktu itu, kata-kata yang keluar dari mulut Fiq
bagaikan kata-kata dari Dia untuk aku,
"nuha, jangan rasa bersalah, mati itu kita tak tahu bila dan di mana
semua pasti menghadapi mati, nuha tak bersalah,
nuha tengah belajar kan sekarang,
sekarang ni nuha doakan yang terbaik untuk beliau
okay?"
aku mengangguk perlahan dan saat itu baru aku tenang sedikit,,
habis basah baju Fiq menahan air mataku,, aku juga semakin sakit dada
akibat terlalu kuat esakan tangisku..
aku cuba untuk tenteramkan diri..kerana lagi 5 minit kelas aku
akan bermula..
dan Alhamdulillah aku tenang denga berita itu
Aku tenang kerana Allah permudahkna urusan beliau
Aku tenang kerana Allah pendekkan tempoh kesakitan beliau.
Alhamdulillah, aku bersyukur
kerana aku sempat bercakap dengan beliau..
Alhamdulillah.
dn tak lupa jga buat semua Ladies Amjadian yang
menghantar kata-kata semangat untukku
syukran
wassalam
Comments
Post a Comment