Kun Syakur
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
huuhuu,, Alhamdulillah tangan ni masih lagi diberi
keizinan oleh Nya untuk menaip. :)
hmmm,, sebenarnya post kali ini
didekasikan khas buat AMJADIANS
bismillah,,
warkah buat mu
Assalamualaikum semua, umi, walid, abg. tohir, abg. toha,
abg. apic, abg. amad, afaiz, kakak, asu, afee n k. imah
yang sangat-sangat adik sayang..
kat sini adik nak cakap yang adik sayang sangaaat dekat
korang,,walaupun jauh di mata tetapi sentiasa dekaat di hati adik :)
ummi, terima kasih sebab melahirkan adik ke dunia ini.terima kasih atas
kasih sayang yang tak pernah ummi cuai untuk tumpahkan kepada adik.
terima kasih sangat-sangat. adik bersyukur umilah yang dipilih oleh
Allah untuk menjadi ibu adik. Adik bersyukur. "i love you ummi" dan ummi
pasti akan membalas "i love u too" di setiap perbualan kami di telefon.
walid, terima kasih atas didikan dan tarbiyyah yang walid cuba
terapkan dalam diri adik. terima kasih sebab sanggup berpenat lelah
mencari nafkah untuk keluarga kita. terima kasih sangat-sangat.
i love you walid. walaupun ungkapan adik seringkali tidak berbalas
namun adik tahu walid juga sangat sayangkan adik.
abang tohir, abang sulung yang banyak bertanggungjawab dan
menjadi inspirasi bagi adik untuk meneruskan semangat dalam menuntut ilmu.
abg. toha yang tak pernah lekang dengan senyuman dan sentiasa
menyejukkan mata adik bila adik lihat wajahmu.
abg. apic yang nampak tak caring tapi sebenarnya dalam sudut hati dia
sering terfikir pasal adik2 nya.
kakak,,yang sangat2 penyayang dan penyabar,,sangat2 baik hati,
selalu bagi adik kata2 semangat time adik down. selalu ada untuk adik.
asu, yang selalu mengingatkan adik tentang setiap hikmah di sebalik
apa yang berlaku, yang selalu menyedarkan adik bahawa Allah itu ada.
afee, yang kuat, yang banyak membantu adik,
yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk adiknya ini,
k. imah yang selalu adik gaduh, selalu tidur sama-sama time sebelum
k. imah kahwin dulu, yang kadang-kadang tanya pendapat
adik tentang macam-macam yang basically adik akan jawab ikut novel je
abg. amad, yang selalu buat adik tertawa dengan usikan nakalnya
yang famous"man jadda wa jadda" , yang nampak main-main tapi
bab keselamatan adiknya ini sangat-sangat menjaga,,adik ingat lagi time
adik disuruh delete semua contact lelaki yang ada dalam fon..haha
which masa tu hanyalah amjadians sahaja
and lastly afaiz, yang selalu adik gaduh time kecik-kecik, yang time adik nangis
mesti try untuk buat adik happy balik, n time adik besar ni, banyak mejadi
pendengar yang setia, banyak memberi tunjuk ajar cara untuk menjaga al-qur'an.
afaiz hafal qur'an, sekolah imtiaz, dq. sama macam adik,,
adik harap nanti kat akhirat kita boleh tarik ahli keluarga kita untuk masuk
syurga sama-sama.
syurga sama-sama.
InshaAllah, itu impian adik. moga Allah mudahkan.
buat amjadians terima kasih tidak terhingga kerana
masih menyayangi adik walaupun jarak umur kita sangatlah jauh
walaupun adik ini dikira miracle sebab ummi still boleh melahirkan
anak ketika umur 40 tahun.
walaupun kelahiran adik tak terssangka,
Terima Kasih kerana menerima adik seadanya.
terima kasih untuk segalanya.
andai adik terlebih dahulu dijemputNya
mohon doakanlah yang baik-baik untuk adik, umi dan walid, dan umat Islam.
tolong doakan agar adik dapat menjadi tetamuNya di Baitullah,
doakan adik agar dapat bertemu Rasulullah
doakan adik agar mati dalam husnul khaatimah
doakan agar adik mati syahid
doakan adik agar dpat menjadi
penjaga al-quran.
mintak tolong doakan.
Terima kasih untuk segalanya.
umi dan walid, adik mohon agar dimaafkan segala salah
dan silap diri adik.
ampuni khilaaf adik.
abang-abang, kakak-kakak, ampuni salah
dan silap adik.
semoga keluarga kita menjadi keluarga yang diredhai
ALLAH, keluarga yang mawaddah dan menyumbang untuk Islam
cukup sampai di sini sahaja, adik mohon berundur diri.
moga kita bertemu di syurga nanti.
adik sayang kalian semua
kerana ALLAH, inshaALLAH.
Comments
Post a Comment