soal hati

bismillahirrahmanirrahim and assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hamdan kathira
still dpt berkongsi pengalaman and 
coretan hidup ini

hurm.. hati.mmg payah nak jaga
namun masih belum mencapai tahap mustahil
inshaAllah,, dengan izin-Nya kita 
boleh mengawal hati kita..

ya Allah,, memang sukar saat ditimpa ujian
segala yg di depan mata kelihatan berbalam-balam
maunya tak diendahkan
sampai makan minum pun orang lain
yang ingatkan 
itulah parahnya bila kita
x berbalik pada Sang Pencipta

buat muslimah di luar sana,,
yg mungkin berhadapan dengan ujian hati..
ujian perasaan dan sebagainya dengan ajnabi,,
tabahlah, teguhlah dan kuatlah
Allah xkan uji hambaNya melainkan 
mereka mampu

sedikit pekongsian buat antunna di luar sana
cinta, sayang, kasih itu fitrah
mana mungkin kita boleh melawan fitrah
sedangkan ia adalah perkara yg wujud dalam
diri kita secara semulajadi..
namun perasaan itu perlulah dikawal
dijnakkan dengan berbalik kepada Allah

memang..kita x lari dari rasa ingin
membuang perasaan tersebut di dalam hati kita
tapi sebaliknya kita harus lihat
malah kembali pada Allah,
mengaku pada Dia..
kita hanyalah hamba yang lemah
yang tiada daya melainkan Dia
"la hawla wa la quwwata illa billah"
kita harus lihat bahawa yang sebenarnya
Allah lah yang mencampakkan perasaan kasih, sayang, cinta 
itu ke dalam hati kita..
sebab itu kita masih teringatkan ajnabi dan bukan mahram kita

bagi mereka yang sudah mengalami
memang perit untuk melupakan kerana
perasaan itu datang dan pergi namun harus diingat
perasaan itu haruslah dikawal dengan memohon 
pada Allah agar tetapkan hati kita pada jalanNya
dan tidak tergelincir daripada laluan syariat Islam

duhai akhwat yang disayangi sekalian,,
usahlah berduka cita andai
kalian meyukai seseorang dan sukar untuk melupakannya
walaupun kalian tahu masih belum sampai waktunya
sebaliknya bersyukurlah kepada Allah 
kerana pernah menghadirkan kamu sebuah perasaan fitrah
yang asalnya luhur dan suci
dan ia juga mungkin sebagai pedoman buat
kalian andai berhadapan dengan situasi sedemikian 
sekali lagi
namun begitu, perasaan itu haruslah
lekas dibendung dan diserahkan kepada pemilik cinta yang abadi,
ALLAH S.W.T

di saat ini,, apa yang kalian harus lakukan
ialah banyakkan berdoa kepada Allah
agar dipermudahkan segala urusan serta
agar Allah memberikan yang terbaik di dalam kehidupan kita
dan kejayaan dunia dan akhirat..



#c0pypaste
pekongsian dari seorang ukhti..
yang sayang pada kalian..

wallahua'lam

wassalam

Comments

Popular Posts