pabila syaitan bertepuk tangan
bismillahirrahmanirrahim
salam alaik semua..
hmm.
xtau knp diri ini sentiasa kalah pada syaitan
sentiasa memberi ruang kpd mrk untuk mencelah masuk
dah brp kali diri ini x berupaya menahan emosi
dah beberapa kali menghamburkan kata-kata marah
sedangkan aku sedar semua ujian yang hadir adalah
kerana Allah yang hadirkan...
semuanya datang dari Allah
seolah-olah aku x meredhai apa yang Allah
telah tetapkan untukku..
*Astaghfirullahal'azim*
ampuni aku ya Allah
aku khilaf.
dalam minggu ni mungkin syaitan dah lecur tangannya
dek rakus menepuk tangannya atas kekalahanku
kalah melawan nafsu ammarah
kalah melawan buruk sangka
kalah menahan sabar...
ya Allah kau berikanlah kekuatan padaku
untuk terus gagah berjuang di muka bumi ini
ya benar, mustahil
aku tidak menitiskan air mata tika diduga ujian
tapi yakinlah para wanita
air mata yang gugur bukan tandanya kita ini seorang insan yang lemah
tetapi ia menunjukkan betapa kuatnya kita menangung ujian sehingga tumpah air mata itu.
aku x mahu memberi peluang kpd syaitan
untuk bertepuk tangan kepadaku lg
Not Anymore!!
Ya Rabb, permudahkanlah segala urusan...
Comments
Post a Comment